Isnin, 24 Julai 2017

PROGRAM BINTANG SPM 2017


Rasional :

Para pelajar berprestasi rendah perlu diberi dorongan awal agar mampu menggunakan segala potensi diri dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Matlamat :  

Melahirkan calon SPM yang sentiasa bermotivasi dan tekun menghadapi pembelajaran agar dapat menduduki peperiksaan dengan bekalan dan persediaan yang secukupnya.

 Objektif:  

Memberi motivasi kepada pelajar berprestasi rendah dengan memberikan persekitaran belajar yang berbeza agar mereka dapat menghadapi pembelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh.

Memberi  pendedahan tentang teknik menjawab soalan subjek elektif oleh guru yang
berpengalaman dengan cara lebih berfokus kepada kumpulan pelajar ini.

Mencapai 100% sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran teras  elektif  dalam peperiksaan SPM 2017.


TARIKH : 21 - 23 JULAI 2017
TEMPAT : MAKTAB TEKNIK PDRM, BAKRI

Berikut adalah gambar peristiwa program tersebut :

 



 


 


 















Selasa, 2 Mei 2017



PROGRAM IKON SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA MUAR

Objektif Program

·        Memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana sekolah yang kondusif.
·        Guru-guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
·        Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
·        Meningkatkan jaringan dan jalinan dengan pihak luar bagi memacu peningkatan usaha kemenjadian murid di SEDAR.


Rasional

·        SMK Dato’ Sri Amar DiRaja Muar merupakan salah sebuah sekolah premier yang telah melebihi 50 tahun. Maka ramai mantan pelajar yang telah berjaya dan dijangka boleh membantu menjayakan Program Ikon SEDAR.
·        Keadaan sekolah yang memerlukan banyak penambahbaikan kerana prasarana yang telah lama.
·        SMK Dato’Sri Amar DiRaja Muar merupakan sekolah kawalan PPD Muar, Sekolah Projek JDT, Sekolah Projek Olahraga, dan Sekolah Projek Berbasikal.

Keperluan dan kegunaan dana


·        Program peningkatan prestasi akademik melibatkan semua mata pelajaran.
·        Program peningkatan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum.
·        Menaik taraf prasarana sekolah yang telah usang.
·        Meningkatkan penggunaan  ICT di sekolah.